Selasa, 24 November 2009

aurat


SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannyailmu Islam sebenar.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo. com

Isnin, 7 September 2009

selamat menyambut hari nuzul quran





Sedarkah kita ade hari nuzul quran jika negeri selangor dll x cuti?
kalo ana mungkin ana terlupe!! hihihi

Sabtu, 14 Februari 2009

Terkini : Rejim Zionis terus menyerang Tebing Barat dan Gaza.

Askar-askar rejim Zionis telah membunuh seorang kanak2 Palestin semalam di selatan bandar raya Tebing Barat ,al-Khalil, dan mencederakan dua pejuang di Semenanjung Gaza menurut sumber-sumber perubatan Palestin .
Saksi-saksi berkata pasukan rejim Zionis bertembung dengan belia Palestin di sekatan Abu al-Rish , di jalan Tariq Bin Ziad dekat masjid Ibrahimi , di mana belia2 telah membalingkan batu ke arah askar2 rejim . Askar-askar rejim menembak belas dengan peluru hidup menyebabkan belia berumur 14 tahun , Izziddin al-Jamal syahid.
Sumber-sumber perubatan Palestin berkata , al Jamal telah di bawa ke hospital Muhammad Al Muhtasib di al Khalil dengan luka dada yang serius. Beliau kemudiannya syahid.
sumber : http://www.imemc.org

Terkini : Serangan udara terbaru rejim Zionis di Gaza semalam

Satu serangan udara rejim Zionis petang semalam telah menyebabkan kematian seorang lelaki Palestin yang menunggang sebuah motosikal di bandar Abasan, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza manakala dua lagi cedera dalam serangan tersebut.
Saksi-saksi melaporkan jet perang rejim Zionis menembak sekurang-kurangnya satu peluru berpandu pada motorsikal lalu membunuh lelaki tersebut dan melukai dua orang lagi.
Sumber-sumber perubatan di Khan Younis berkata penduduk-penduduk yang tercedera menderita luka yang serius, manakala yang lain berada dalam keadaan sederhana.
sumber : http://www.imemc.org

Kelahiran bayi di Gaza meningkat berganda.

Hospital-hospital, di Gaza kini di penuhi oleh wanita-wanita yang melahirkan anak. Peningkatan jumlah kelahiran baru meningkat sebanyak 2 kali ganda mengatasi mereka yang terbunuh(baca:syahid) akibat serangan ZIonis-Israel. Ia seakan satu signal Allah menggantikan mereka yang syahid.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Hamam Nisman. Statistik menunjuk kelahiran di bulan Januari adalah yang tertinggi. Dalam pada itu, seorang profesor geografi dan demografi di Universiti al Aqsa menyebutkan peningkatan jumlah kelahiran ini merupakan satu ancaman kepada Zionis Israel. Ini kerana rakyat Palestin akan sentiasa menjadi rintangan kepada Zionis Israel. Akibat peningkatan ini, jurang perbezaan jumlah penduduk Gaza dengan Tebing Barat menjadi semakin kecil.
sumber : COMES

Delegasi HAMAS bertemu Sulaiman di Kaherah, Akan tandatangani perjanjian gencatan senjata dalam tempoh 3 hari.

Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin yang mengiringi delegasi HAMAS ke Kaherah menegaskan terdapat perkembangan positif dalam perbincangan yang diadakan dengan menteri bertanggungjawab terhadap pasukan perisikan Mesir, Umar Sulaiman yang menyentuh isu gencatan senjata, dialog nasional dan pembangunan semula Gaza.
Beliau berkata dalam satu kenyataannya pada petang Khamis (12/2) dan diterima oleh Pusat Media Palestin, delegasi HAMAS yang tiba di Kaherah pada petang Rabu lalu, telah bertemu dengan menteri tersebut. Perbincangan telah diadakan berhubung isu gencatan senjata, dialog nasional dan pembangunan semula Gaza, sambil menegaskan terdapat perkembangan positif dalam isu-isu tersebut.
Beliau juga menambah adalah dijangkakan satu persetujuan yang jelas akan dicapai sekitar isu gencatan senjata dalam tempoh 3 hari akan datang. Beliau menarik perhatian perbincangan delegasi HAMAS di Kaherah akan diteruskan dan pihak berkuasa Mesir akan terus berhubung dengan semua kumpulan pejuang Palestin sehingga akhirnya permuafakatan nasional yang jelas terhadap isu-isu tersebut dapat direalisasikan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Abbas bersedia untuk “keamanan” dengan mana-mana kerajaan Israel.

Pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas telah menyatakan kesediaannya untuk mengadakan rundingan damai dengan mana-mana kerajaan Israel hasil dari pilihan raya yang diadakan. Kenyataan Abbas itu diadakan ketikamana darah kanak-kanak Palestin dan orang awam yang tidak berdosa masih mengalir hasil dari mesin perang Israel yang masih kelihatan di jalanan Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dilakukan di Warsaw Isnin lalu, Abbas berkata, “Saya tidak tahu siapa akan menang dalam pilihan raya di Israel, tetapi kita akan bekerjasama dengan mana-mana kerajaan Israel yang dihasilkan dari pilihan raya tersebut berdasarkan perjanjian-perjanjian dua hala dan resolusi-resolusi antarabangsa yang dikeluarkan sehingga kini”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en

Ridhwan: Siapa yang menang dalam pilihan raya Israel tidak penting.

Gerakan pejuang Hamas menyatakan sikapnya tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya Israel. Ini kerana semua parti Zionis adalah pembunuh, berusaha menang dengan mengorbankan darah Palestin.
Dalam pada itu, pemimpin Hamas, Dr. Ismael Ridhwan dalam pernyataanya Rabu (11/2) menyeru pemerintah Ramallah untuk tidak menggadaikan prinsip melalui perdamaian dengan Israel. Beliau juga meminta negara-negara Arab untuk bergabung dengan perjuangan. Beliau menjangkakan bahawa keadaan akan datang akan lebih parah.
Oleh kerana itu, bagi Hamas tidak penting siapa yang menang dalam pilihan raya Israel tersebut, kerana menurutnya semua parti Zionis memusuhi rakyat Palestin. Sama sahaja, sama ada Kadema, Likud ataupun parti Buruh. Semuanya berlumba-lumba untuk memenang pilihan raya untuk mengalirkan sebanyak-banyaknya darah rakyat Palestin. Mereka membunuh, mengusir dan memperkosa hak-hak rakyat demi mendapat sokongan dalam pilihan raya umum.

sumber : COMES

Terkini : Aktivis Mesir dipenjara 2 tahun kerana ke Gaza.

Mahkamah Tentera Mesir hari ini (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun terhadap Majdi Ahmad Hussein (gambar ), seorang aktivis Mesir dari pihak pembangkang, atas dakwaan memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan yang tidak sah.
Agensi Reuters memetik daripada sumber-sumber mahkamah mengatakan bahawa Mahkamah Tentera di bandar Ismailiyyah, salah sebuah bandar di kawasan Terusan Suez juga telah mengenakan denda sebanyak 5 ribu pound Mesir, iaitu hampir 900 dolar Amerika terhadap aktivis tersebut. Pihak berkuasa telah menangkap beliau yang juga setiausaha agung Parti Buruh yang dibekukan pada bulan lepas di pintu sempadan Rafah ketika beliau pulang dari Gaza. Dilaporkan beliau pergi ke sana sebagai melahirkan rasa simpati dan menunjukkan kebersamaan dengan penduduk Gaza selepas serangan ganas Zionis yang berterusan selama 22 hari.
Pihak berkuasa berkata ia yakin bahawa Hussein telah masuk ke Semenanjung Gaza melalui salah satu terowong yang digunakan bagi kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza. Sementara itu, sumber pihak Polis pula mengatakan Hussein tidak membawa apa-apa dokumen pengenalan diri kecuali lesen memandu ketika dia cuba memasuki Mesir dalam perjalanan pulang melalui pintu sempadan Rafah.

sumber : http://www.islamtoday.net