"IMAN Abu Bakar As Siddiq adalah sebesar dan seluas bumi ini."Itulah ayat yang diucapkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bila memperkatakan begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dalam usaha memperjuangkan Islam.
Baginda pernah bertanya kepada Sayyidina Abu Bakar. Apakah yang ditinggalkan oleh Sayyidina Abu Bakar untuk ISTERI, ANAK - ANAK dan KELUARGANYA ?
Lalu dijawab oleh Sayyidina Abu Bakar dengan penuh yakin "Aku tinggalkan kepada mereka Allah dan Rasul NYA."
Cuba kita bayangkan dan bandingkan dengan apa yang telah kita berikan untuk Islam pada hari ini ?
Mudah bicara:
Berapa banyak wang yang kita BERIKAN untuk Islam ?
Berapa banyak wang yang kita SUMBANGKAN untuk Islam ?
Berapa banyak wang yang kita SEDEKAHKAN untuk Islam ?
Kita buat kira - kira paling mudah. Tidak perlu alat mengira.
Dalam seminggu. Kita akan pergi menunaikan ibadah Solat Jumaat. Diwaktu itu kita masukkan WANG KERTAS sebanyak RM10. (RINGGIT SEPULUH SAHAJA). Dan kita ulangi perkara yang sama setiap minggu.
RM10 X 4 minggu Jumaat = RM40.
Katakanlah GAJI BERSIH anda sebulan adalah sebanyak RM1,000. S.A.H.A.J.A.
Ini bermakna, anda BERIKAN sebanyak 4% SAHAJA dari pendapatan anda untuk agama Allah dan perjuangan Islam.
Dan ini membawa pengertian. Jika pendapatan anda adalah RM2K, atau RM4K atau lebih. Bermakna, peratus sumbangan anda kepada Islam semakin mengecil.
"Tapi Ustaz, apa yang penting ... IKHLAS." Luah pendapat seorang jemaah.
Persoalannya ialah, apakah RM 1 itu sahaja yang IKHLAS ?
Adakah dengan memberikan RM10, RM20, RM30 atau RM50 atau RM 100 itu TIDAK IKHLAS ?
Fikir - fikirkanlah.
sumber:ustaz sapidin amran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan